
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KKJS melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses PLTV di peringkat sijil dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan bagi memenuhi visi dan misi penubuhan KKJS dan memenuhi kehendak negara berasaskan Standard MS ISO 9001: 2015.
Peranan utama KKJS ialah untuk menyediakan Latihan Teknikal dan Vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan. Kursus-kursus di KKJS ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
​
Dasar Kualiti
“KKJS adalah komited membangunkan potensi pelajar serta memenuhi kehendak pihak berkepentingan ke arah kecemerlangan di dalam bidang Teknikal dan Vokasional dengan mematuhi keperluan undang-undang dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan.”
​
Fungsi KKJS
Menyediakan Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional dan menjadi hab Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang Teknologi, Bisnes & Industri Perkhidmatan kepada warganegara Malaysia serta komuniti setempat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih negara.
Visi​
Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Misi KKJS
-
Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
-
Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
-
Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
-
Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.